Anda
seorang yang sukakan cabaran? Jom rasai sendiri aktiviti sukan ekstrem ini.
Kali ini penulis ingin memperkenalkan satu tempat yang agak menarik untuk semua
penggemar sukan ini. Disamping dapat menimba pengalaman, namun aktiviti sukan
ini juga memberikan pembelajaran yang amat berguna. Menyusuri denai-denai
hutan, laluan yang sempit dan berlumpur, melalui jalan tanah merah yang tidak
rata, bukit yang cerun dan sebagainya cukup menguji ketahanan mental dan
fizikal bagi penggemar aktiviti sukan lasak kenderaan pacuan empat roda (4x4).
Kesukaran memandu di sepanjang laluan ekstrim ini bukanlah mematahkan semangat
bagi penggemar sukan ini untuk terus menyusuri laluan sambil menerokai
keindahan tempat yang dituju. Kecekapan pemandu juga dapat diuji melalui
aktiviti ini dengan memastikan kenderaan dapat melepasi halangan-halangan
dengan lancar dan selamat. Namun bagi penggemar aktiviti sukan ini, inilah yang
mereka cari sebenarnya dan merasakan ianya satu peluang untuk menguji ketahanan
dan pengetahuan. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini pastinya
akan rasa tercabar dan teruja.
TEMPAT PENGINAPAN
· Teratak Riverview

![]() |
Tapak
pembiakan semulajadi rama-rama dan tumbuhan flora
|
PERJALANAN KE LUBUK KAWAH
Bermula dari
Teratak Riverview, penggemar aktiviti lasak boleh memulakan perjalanan ke Lubuk
Kawah dengan jarak lebih kurang 9 kilometer. Namun begitu, masa yang diambil
juga mungkin berbeza mengikut kenderaan dan juga pengalaman pemandu. Bagi
pejalan kaki pula, perjalanan menuju ke air terjun Lubuk Kawah mengambil masa
dua jam setengah. Lubuk Kawah merupakan sebuah lokasi air terjun yang
tersembunyi jauh ke dalam hutan Gunung Semangkok. Walaupun ia masih tidak
digazetkan oleh kerajaan sebagai lokasi pelancongan, namun ia tetap menjadi
lokasi tumpuan para pengunjung yang meminati aktiviti lasak ini.
Cabaran
Perjalanan menuju ke Lubuk Kawah bermula dengan merentasi Sungai Bernam yang agak deras dan dalam. Bersempadan antara negeri Selangor dan Perak, Sungai Bernam mempunyai banyak anak sungai yang berpunca dari rangkaian utama di sekitar Gunung Semangkok. Sungai
Lubuk Kawah adalah merupakan salah satu daripada beberapa anak sungai yang ada
dimana ia mengalir terus ke dalam Sungai Perah dan kemudian memasuki Sungai
Bernam. Apa yang menariknya pada kedua-dua sungai ini adalah mempunyai lokasi
air terjun. Untuk meneruskan aktiviti lasak ini, menyeberang sungai yang
dipenuhi batu-batu besar dengan kenderaan tersebut menjadikan aktiviti ini
lebih mencabar dimana ia memerlukan skill
dan pengalaman yang tinggi. Kemahiran mengendalikan kenderaan terutama
pada situasi yang mencemaskan amat diperlukan dimana kenderaan perlulah dikawal
dalam keadaan tenang untuk melepasi arus yang deras sehinggalah menaiki tebing
sungai di seberang. Disamping melakukan
aktiviti lasak tersebut, penggemar aktiviti ini juga dapat menghargai keindahan
alam semulajadi sepanjang perjalanan tersebut.
Laluan Hardcore
Setelah meredah
sungai, laluan seterusnya adalah melalui jalan tanah merah yang tidak rata,
anak-anak sungai yang kecil, berlumpur dan juga curam. Mereka yang melakukan
aktiviti pacuan empat roda ini juga perlu melalui jalan kebun, dusun pokok
getah dan landskap hutan. Untuk mencipta pengalaman yang cukup berharga, penggemar
aktiviti kenderaan ini bolehlah melalui laluan peringkat hardcore. Pada
peringkat ini, kenderaan yang dinaiki perlulah merentasi sungai berbatu yang
deras arus airnya, melepasi laluan berlumpur, menaiki bukit yang curam 40
darjah dan laluan sempit yang tiada ruang dikira dan kanan kenderaan dimana
ianya hanya cukup lebar untuk sebuah kenderaan sahaja. Laluan cerun yang sempit
dan licin juga begitu mencabar bagi mereka yang menyertai aktiviti lasak ini.
Gabungan teknik pemanduan dan juga peralatan-peralatan khas seperti "cable
winch" yang akan dicangkukkankepada struktur yang kukuh seperti batang
pokok, kenderaan yang berada dihadapan dan sebagainya. Penggunaan alat ini
mampu menarik beban sehingga 3 tan menggunakan sebuah motor elektrik yang
kemudiannya akan menarik kenderaan tersebut ke atas dengan perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment