Sunday, June 2, 2013

KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE



KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE


Kalumpang Resort dan Training Centre merupakan sebuah kawasan penginapan dan riadah yang menyediakan segala keperluan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan dan kedamaian alam semulajadi. Jika anda berkunjung ke Tanjung Malim bolehlah anda berkunjung ke Kalumpang Resort yang terletak lebih kurang 10km dari pekan Tanjung Malim. Anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Kalumpang Resort yang menyediakan pelbagai pakej untuk aktiviti riadah, ceramah motivasi, dan sebagainya kerana di Kalumpang Resort menyediakan tempat seperti dewan, tempat mandi-manda untuk aktiviti ceramah dan kepimpinan.


SEJARAH PENUBUHAN KALUMPANG RESORT 


Resort yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera ini telah beroperasi sejak tahun 2005. Ia didirikan didalam kawasan dusun seluas 18 ekar merentasi Sungai Inki. Disini anda berpeluang untuk merasai kesejukan air sungai pergunungan yang juga selamat untuk digunakan oleh semua golongan.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KALUMPANG RESORT


Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh Kalumpang Resort seperti surau, tandas awam, kolam mandi, kafe dan sebagainya. Ini adalah untuk memudahkan para pengunjung yang datang berkhelah dan mandi-manda. Selain itu,ia juga sesuai dijadikan pusat latihan bagi jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta kerana kemudahan dewan dan asrama yang lengkap disamping menyediakan aktiviti kekeluargaan seperti hari keluarga dan perkelahan secara berkumpulan mahupun individu. 

 Terdapat sebanyak 45 unit chalet dengan pelbagai pilihan mengikut jenis dan bajet anda. Walaupun ia mengekalkan ciri-ciri tradisional tetapi sedikit sentuhan moden seperti kemudahan penghawa dingin dan astro didalam setiap chalet mewujudkan suasana kontemporari. Selain itu terdapat juga 5 unit asrama dimana setiap unit boleh memuatkan seramai 50 orang dan tapak perkhemahannya mampu menempatkan 40 - 50 unit khemah. Jika anda hanya ingin berkelah atau berjalan-jalan bayaran RM 5 dikenakan sebagai caj masuk. Pihak berwajib juga menyediakan tempat perkelahan percuma di bahagian atas namun terhad.


INFO UNTUK BERKUNJUNG KE KALUMPANG RESORT

Dengan menggunakan lebuhraya PLUS anda boleh susur keluar Tanjung Malim dan belok ke kanan arah Kuala Kubu Bharu. Anda akan melalui kawasan perkampungan Keliang dan kemudian Kalumpang. Selepas sahaja menemui Masjid disebelah kiri dan Pusat Kesihatan disebelah kanan, belok kanan dan anda akan menemui pekan Kalumpang. Sila ikut papan tanda kearah Kalumpang Resort & Training Centre.


1

Papan tanda yang menunjukkan arah untuk ke Kalumpang.



Peta untuk ke Kalumpang






KAWASAN PERSEKITARAN KALUMPANG  

RESORT & KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN


Gerbang untuk masuk ke kawasan Kalumpang Resort




2



Surau yang disediakan oleh Kalumpang Resort bagi yang beragama Islam amat selesa dan bersih untuk memudahkan pengujung yang datang berkhelah ataupun pengunjung yang bermalam di chalet untuk sembahyang.


 


Chalet dua tingkat

 
Kalumpang resort juga menyediakan cafe dan beberapa kedai yang menjual barangan asas dan pelampung pelbagai bentuk dan saiz untuk dibeli oleh pengunjung untuk aktiviti mandi-manda sama ada di kolam yang disediakan atau di kawasan Sungai Inki.


 Apa yang menariknya di Kalumpang Resort, walaupun sudah mempunyai tempat mandi-manda di kawasan Sungai yang teletak dibelkang resort, namun terdapat kolam yang disediakan oleh Kalumpang resort berserta dengan gelongsor untuk tempat kanak-kanak mandi dan bermain.



Ini adalah papan tanda yang terdapat dalam kawasan resort untuk menunjukkan arah dan tempat yang teradapat dalam resort untuk memudahkan pengunjung yang baru datang melihat kawasan persekitaran.





Landskap yang disediakan oleh pihak resort ini sangat cantik dan menarik. Tambahan pula terdapat mini zoo yang menampakkan kawasan persekitaran ini lebih menarik. Pengunjung yang datang berkunjung ke resort ini dapat melihat landskap yang cantik yang bertemakan zoo. Turut disediakan pondok-pondok kecil untuk berteduh sambil menikmati landskap yang menarik.

Chalet yang dilengkapi dengan kemudahan astro




KAWASAN TEMPAT MANDI MANDA SUNGAI INKI










Faktor jarak dan suasana persekitaran serta air yang jernih dan sejuk menarik ramai pengunjung yang Kebanyakkannya adalah dari pelajar UPSI dan Politeknik Sultan Azlan Syah


 
Ramai yang datang berkunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu dan hari cuti umum serta cuti sekolah untuk beriadah bersama keluarga atau bersama kawan-kawan. Ramai pengunjung sama ada dari kawasan persekitaran Tanjung Malim, Hulu Bernam dan yang datang dari negeri lain untuk melancong akan berkunjung ke resort ini

  

Kawasan persekitaran yang tenang dengan air yang jernih dan sejuk.






KALUMPANG RESORT BERFUNGSI SEBAGAI TEMPAT RIADAH


Kalumpang resort  menjadi satu tempat perkumpulan antara keluarga dan rakan-rakan sama ada untuk sambutan hari keluarga, reunion, sambutan haari jadi dan sebagainya.
Disamping untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan, para pengunjung juga dapat menghilangkan tekanan kerja dengan melakukan aktiviti seperti mandi-manda bersama anak-anak, sanak-saudara dan rakan taulan. Keadaan persekitaran Sungai Inki dan Kalumpang Resort yang tenang dan cantik dapat menenangkan perasaan dengan diselangi bunyi air terjun yang mengalir.


Di celahan batu dan kawasan-kawasan tertentu, para pengunjung dapat berkhelah sambil bbq.




Ini adalah antara aktiviti yang dilakukan oleh para pengujung untuk sambutan hari keluarga iaitu pertandingan cari duit dalam tepung.






Pelbagai aktiviti air yang boleh dilakukan oleh pengunjung di kawasan Kolam yang disediakan oleh pihak Kalumpang resort sebagai contohnya aktiviti yang melibatkan pertandingan untuk sambutan hari keluarga.

KALUMPANG RESORT JUGA BERFUNGSI SEBAGAI TEMPAT PERKHEMAHAN ATAU AKTIVITI LATIHAN.

   
Terdapat juga 5 unit asrama dimana setiap unit boleh memuatkan seramai 50 orang dan tapak perkhemahannya mampu menempatkan 40 - 50 unit khemah. Selain aktiviti riadah Kalumpang Resort juga menyediakan tempat khas untuk Jabatan-jabatan, Agensi Swasta dan Kerajaan, pihak sekolah, pihak universiti untuk mengadakan aktiviti yang bersifat kepimpinan latihan, aktiviti air, ceramah dan motivasi, jungle traking, juga boleh dijalankan di Kalumpang resort.















Antara aktiviti yang pernah diadakan ialah  termasuklah perkhemahan, pertandingan kawad, pertandingan kraftangan, pertandingan seni kebudayaan dan Jungle Tracking.

Program ini bertujuan untuk menguji tahap kekuatan dari segi mental dan fizikal.


















7 comments:

  1. thanks for the info,, klu nk mengadakan aktiviti di sana,,, cth nk buat bbq,, ada dikenakan byran atau tidak...

    ReplyDelete
  2. Berapa harga chalet utk 1mlm.? Nak Cal siapa?. Utk senang dihubungi.? Terima kasih

    ReplyDelete
  3. harga chalet 2 hari 1 mlm. dan harga asrama utk 1 mlm

    ReplyDelete