PERJALANAN
Lokasi untuk
ke tempat rekreasi ini tidaklah begitu jauh. Kebanyakan pelajar UPSI suka untuk
beriadah di sini memandangkan tempatnya tidak terlalu jauh. Bagi anda yang dari
arah Lebuhraya Utara Selatan, anda hendaklah keluar melalui tol Sungkai dan
mengambil laluan kiri. Anda juga boleh mengikuti sahaja papan tanda menuju ke
Hot Springs dan anggaran perjalanan untuk sampai ke sini kira - kira 10km.
Sebelum itu, anda akan melalui kawasan kebun kelapa sawit lebih kurang 7km.
Anda juga akan melalui Sekolah Agama Rakyat, Masjid, Pejabat, Dewan Orang
Ramai, dan Dataran Homestay.
KOLAM AIR PANAS
Kolam
Air Panas Sungai Klah atau Felda Residence Hot Spring dibangunkan sebagai taman
rekreasi yang bertaraf dunia. Ianya dikelilingi oleh pemandangan bukit-bukau
dan memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi
dan air sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan
melalui laluan pejalan kaki. Dengan beberapa wakaf yang dibina betul-betul di
aliran air panas ini, suasana sauna semula jadi turut dirasai.
Selain itu, tempat ini juga dipenuhi
dengan tanaman herba dan pokok buah-buahan seperti tongkat ali, kedondong,
lengkuas dan dukung anak. Raja buah iaitu durian juga turut ditanam selain
kebun kelapa sawit yang masih dikekalkan.
Kolam air panas utama dibangunkan
sebagai lembah sungai dikelilingi taman dan pancuran air buatan manusia. Selain
kolam utama, terdapat beberapa kolam khusus untuk rawatan terapeutik. Suhu
dikawal antara 30-43 darjah celcius.
Di samping itu, terdapat beberapa kolam
yang dilengkapi papan tanda amaran suhu panas antara 100-102 darjah celcius.
Pengunjung perlu berhati-hati kerana ia adalah punca air panas. Bagi yang
mahukan privasi, 5 buah jakuzi telah disediakan dan bolehlah menggunakan jakuzi
tersebut dengan kadar sewa yang berpatutan iaitu sebanyak RM80 sejam. Ianya dapat memuatkan seramai 8 orang dalam suatu masa. Kadar
tiket masuk ke kolam air panas ini adalah sebanyak RM12 seorang bagi dewasa
(12-54 tahun), dan RM8 bagi kanak-kanak (3-11 tahun).
Gerbang masuk.
Gelang tiket masuk.
Aktiviti merebus telur.
Jakuzi persendirian yang disediakan.
Air sejuk dari banjaran gunung yang berdekatan.
Terdapat batuan kecil serta aliran air panas di sepanjang
laluan Taman Terapi.
Peringatan suhu pada setiap kolam.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
- Kolam renang air panas
- Kolam therapeutic
- Kolam air panas semulajadi
- Aktiviti merebus telur
- Air refleksologi
- Medan selera
- Kedai cenderamata
- Urutan traditional
- Kolam keluarga
- Surau
- Tandas
KELEBIHAN / KHASIAT KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH.
Air daripada kolam air panas ini dipercayai dapat mengubati pelbagai jenis penyakit seperti lenguh - lenguh badan, sakit sendi, rheumastism, arthritis, sukar untuk tidur, gatal - gatal dan sebagainya. Sementara itu, algae yang terdapat dalam kolam air panas ini pula dapat mengubati jerawat dan melicinkan kulit secara semula jadi. Algae ini terhasil daripada mendapan sulfur apabila air mengalir.
Algae yang boleh menyembuhkan jerawat
dan melicinkan kulit.
Kandungan sulfur yang ada pada air panas di sini hanya sebanyak 0.01% dan dijamin selamat untuk digunakan. Sulfur atau dikenali sebagai belerang ini dapat membantu menyembuhkan penyakit kulit seperti gatal, ruam, lemah sendi, lenguh tulang, angin ahmar, tekanan darah tinggi, dan demam biasa.
Jadi, Kolam Air Panas Sungai Klah ini adalah salah satu tempat rekreasi yang menarik untuk dikunjungi. Selain dapat beriadah, kita juga dapat membuat rawatan badan dan kulit secara semula jadi. Tanpa kita sedar, apabila kita merendamkan kaki di dalam air panas, toksin dalam badan akan keluar dan dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah.
Pelajar - pelajar sekolah juga sesuai berkunjung ke sini untuk lawatan sambil belajar. Mereka boleh mengkaji atau menyelidik bagaimana air panas ini terjadi secara semula jadi. Mereka juga dapat menambah ilmu tentang kebaikan algae, kegunaan sulphur dan kepentingan herba yang tedapat di sini.
INFO
SUNGAI KLAH HOT SPRINGS PARK
36000 Sungkai, Perak, Malaysia
Tel: +605 441 4493
Fax: +605 438 8760
36000 Sungkai, Perak, Malaysia
Tel: +605 441 4493
Fax: +605 438 8760
PETA LOKASI
Peta untuk ke Kolam Air Panas Sungai Klah.
No comments:
Post a Comment