Thursday, June 6, 2013

MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)


Pernahkah anda berpengalaman melihat guru memegang kapur dan mengajar di hadapan menggunakan papan hitam? Jika anda belum, atau merupakan generasi moden terkini, ayuh la semua ke Muzium Pendidikan Nasional yang dapat mendidik anda bagaimana pembelajaran dilakukan di zaman – zaman sebelum kelahiran kita.
 
Bangunan Suluh Budiman yang menempatkan Muzium Pendidikan Nasional pada hari ini.
 
Terletak di dalam perkarangan ruangan kampus lama Universiti Pendidikan Sultan Idris( atau secara rasminya dikenali sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah) lokasi ini tidak jauh daripada pengangkutan awam seperti KTM Tanjung Malim di jalan Ketoyong dan Stesen Bas di Pekan Tanjung Malim, Perak, Malaysia.
 
Peta KTM ke Muzium Pendidikan Nasional di UPSI.
 
Stesen Bas di Pekan Tanjung Malim

KTM Tanjung Malim.

 
Pintu Utama UPSI kampus lama.
 
 
 
SEJARAH RINGKAS
Digelarkan sebagai muzium SITC di tahun 1950an, Muzium tersebut hanya menjadi muzium kecil untuk menyimpan khazanah-khazanah berkaitan Pendidikan di SITC serta budaya masyarakan Tanjong Malim. Di Ogos 1986, Kementerian Pendidikan bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara rasmi Muzium Pendidikan Nasional. Perubahan terhadap muzium ini telah berlangsungan dari era Muzium SITC, Muzium Pendidikan MPSI dan Muzium Pendidikan IPSI.
 
Dinaik tarafkan oleh pihak kementerian Pendidikan, pihak Kementerian yang lain serta pihak UPSI pada 26 Mac 1999, kepada Muzium Pendidikan Nasional, beberapa bangunan dipilih untuk dijadikan sebagai Muzium Pendidikan Nasional. Terdapat beberapa bangunan yang telah dijadikan sebagai Aset Muzium Pendidikan Nasional yang boleh dilihat di bawah;

1. Bangunan Suluh Budiman
 
2. Bangunan Tadahan Utara SITC
 
 
3. Bangunan Tadahan Selatan SITC
 
5. Bangunan Rumah Pengetua SITC
 
 

6. Bangunan Rumah Tamu SITC

 
7. Bangunan Dewan Makan SITC
 
 

8. Bangunan Sekolah Latihan SITC
 
 
 
APA YANG ADA DI SINI
 
FASA PERTAMA
Di fasa pembangunan awal muzium ini, Konsep Pameran & Interaktif Maya diaplikasikan melalui pameran bahan yang tetap di samping juga pameran berjangka (Seasonal Display/ Display only for a short time period). Bangunan Suluh Budiman digunakan sebagai ruang pameran utama. Sudut Timur ruangan legar Bangunan Suluh Budiman pula dijadikan sebagai tempat tayangan interaktif maya.
Ruang tayangan Interaktif Maya
 



 Pameran Tetap



FASA KEDUA
Di pembangunan fasa kedua muzium ini perlaksanaan konsep Muzium Interaktif Nyata (Living Muzium) dijalankan. Konsep ini akan melaksanakan penggunaan nilai-nilai intelektual dan persekitaran Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam usaha membina alam pendidikan di muzium hidup ini mengikut dimensi waktu. Aktiviti bermusim serta Muzium Interaktif Nyata (Living Muzium) yang dijadikan pameran tetap akan dimasukan dalam kalender Tahunan Universiti untuk dipromosikan.

Pameran-pameran bermusim yang pernah berlangsung
 
 
 Pameran Payung Negara

 
 
 
 AKTIVITI  LEPASAN



INFO LANJUTAN
Kemasukan ke Muzium Pendidikan Nasional adalah percuma, dah waktu pembukaan adalah dari 9pagi hingga ke 4petang, Isnin sampai Sabtu. Muzium Pendidikan Nasional (MPN) akan ditutup pada hari Ahad, cuti umum dan cuti perayaan. Jika ingin mengadakan lawatan secara berkumpulan dari sekolah, IPTA, IPTS, sector awam mahupun swasta, jangan segan untuk menghubungi pejabat muzium di talian yang dinyatakan bagi menyenangkan pengurusan di kedua-dua pihak.

05-4506680 / 05-4506667 / 05-4506665 / 05-4506676.

National Museum of Education,
Sultan Idris University of Education,
35900 Tanjung Malim,
Perak, Malaysia.
Fax: +605-4598261
Website: http://muzium.upsi.edu.my


Dengan ini, janganlah tangguhkan hasrat anda untuk ke Muzium Pendidikan Nasional ini akibat ianya boleh menceritakan sejarah bidang Pendidikan di Malaysia kepada kamu serta menjadikan hari anda sangat bermakna akibat telah mempelajari infomasi dan menghayati suatu pengalaman yang baru.

Wednesday, June 5, 2013

TASIK EMBAYU PROTON CITY



 TASIK EMBAYU PROTON CITY

 


Tasik Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang terkenal di Tanjong Malim. Taman Tasik Embayu terletak di kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini. Taman Tasik Embayu terletak di lokasi Bandar Proton. Ia merupakan tasik buatan dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk kemudahan rekreasi pengunjung. Ditaman tasik ini juga telah disediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk kemudahan semua golongan .Disini juga terdapat kedai-kedai makan, runcit, klinik dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti juga telah diadakan disini seperti pertandingan "Futsall",Paint Ball" dan "Eco Challenge" yang telah menarik minat masyarakat sekitarnya.
 

Tasik Embayu menjadi tempat kunjungan pelajar UPSI dan masyarakat sekitarnya untuk pada waktu pagi dan petang. Tasik ini menjadi kunjungan keluarga dan warga Tanjung Malim lebih-lebih lagi pada waktu petang untuk bersenam, beriadahdan ramai kanak-kanak serta orang dewasa yang bermain dan berlatih skate boarding di laluan bersenam yang tersedia. Selain itu, aktiviti pertandingan berkayak, dan futsall meriahkan lagi kunjungan warga Tanjung Malim ke Tasik Embayu.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI TASIK EMBAYU PROTON

·         Terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa.

·         Keindahan flora dan fauna dapat dirasai di tasik.

·         Permandangan yang indah serta hampir dengan bukit-bukau yang menhijau.



KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DI TASIK EMBAYU PROTON

 Antara banglo yang menghuni sekitaran Tasik Embayu


Pemandangan yang indah berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa.


Landskap air tasik yang berbatu menampakkan air yang mengalir begitu cantik dan segar mata memandang.


Laluan yang dikelilingi air tasik



Pepohon mengijau yang menyejukkan mata dan mengindahkan lagi suasana di Tasik Embayu. Tasik Embayu juga menjadi tempat pertandingan berkayak.


 Tasik Embayu sebagai tempat bersenam dan juga menjadi tempat orang dewasa dan kanak-kanak bermain futsall di padang yang terbentang luas menghadap dengan tasik.



 Tasik Embayu sebagai tempat beriadah, dimana adanya pondok-pondok kecil dan taman permainan yang disediakan serta adanya tempat-tempat dan pokok-pokok yang menghijau.



Taman permainan yang tersedia cukup lengkap untuk kanak-kanak bermain. Kunjungan keluarga dan masyarakat persekitaran pada waktu petang untuk beriadah dan ada juga yang membawa bekalan makanan untuk bersantai di tepi tasik dan pondok-pondok yang tersedia.





Monday, June 3, 2013

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS, SUNGAI KLAH..



PERJALANAN 

Lokasi untuk ke tempat rekreasi ini tidaklah begitu jauh. Kebanyakan pelajar UPSI suka untuk beriadah di sini memandangkan tempatnya tidak terlalu jauh. Bagi anda yang dari arah Lebuhraya Utara Selatan, anda hendaklah keluar melalui tol Sungkai dan mengambil laluan kiri. Anda juga boleh mengikuti sahaja papan tanda menuju ke Hot Springs dan anggaran perjalanan untuk sampai ke sini kira - kira 10km. Sebelum itu, anda akan melalui kawasan kebun kelapa sawit lebih kurang 7km. Anda juga akan melalui Sekolah Agama Rakyat, Masjid, Pejabat, Dewan Orang Ramai, dan Dataran Homestay.


KOLAM AIR PANAS

Kolam Air Panas Sungai Klah atau Felda Residence Hot Spring dibangunkan sebagai taman rekreasi yang bertaraf dunia. Ianya dikelilingi oleh pemandangan bukit-bukau dan memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi dan air sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan melalui laluan pejalan kaki. Dengan beberapa wakaf yang dibina betul-betul di aliran air panas ini, suasana sauna semula jadi turut dirasai.
        Selain itu, tempat ini juga dipenuhi dengan tanaman herba dan pokok buah-buahan seperti tongkat ali, kedondong, lengkuas dan dukung anak. Raja buah iaitu durian juga turut ditanam selain kebun kelapa sawit yang masih dikekalkan.
        Kolam air panas utama dibangunkan sebagai lembah sungai dikelilingi taman dan pancuran air buatan manusia. Selain kolam utama, terdapat beberapa kolam khusus untuk rawatan terapeutik. Suhu dikawal antara 30-43 darjah celcius.

        Di samping itu, terdapat beberapa kolam yang dilengkapi papan tanda amaran suhu panas antara 100-102 darjah celcius. Pengunjung perlu berhati-hati kerana ia adalah punca air panas. Bagi yang mahukan privasi, 5 buah jakuzi telah disediakan dan bolehlah menggunakan jakuzi tersebut dengan kadar sewa yang berpatutan iaitu sebanyak RM80 sejam. Ianya dapat memuatkan seramai 8 orang dalam suatu masa. Kadar tiket masuk ke kolam air panas ini adalah sebanyak RM12 seorang bagi dewasa (12-54 tahun), dan RM8 bagi kanak-kanak (3-11 tahun).

Gerbang masuk. 

Gelang tiket masuk.

Aktiviti merebus telur.

Jakuzi persendirian yang disediakan.


Air sejuk dari banjaran gunung yang berdekatan.


 
Terdapat batuan kecil serta aliran air panas di sepanjang 
laluan Taman Terapi.

Peringatan suhu pada setiap kolam.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
  • Kolam renang air panas
  • Kolam therapeutic
  • Kolam air panas semulajadi
  • Aktiviti merebus telur
  • Air refleksologi
  • Medan selera
  • Kedai cenderamata
  • Urutan traditional
  • Kolam keluarga
  • Surau
  • Tandas






Antara kemudahan yang disediakan.




KELEBIHAN / KHASIAT KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH.

Air daripada kolam air panas ini dipercayai dapat mengubati pelbagai jenis penyakit seperti lenguh - lenguh badan, sakit sendi, rheumastism, arthritis, sukar untuk tidur, gatal - gatal dan sebagainya. Sementara itu, algae yang terdapat dalam kolam air panas ini pula dapat mengubati jerawat dan melicinkan kulit secara semula jadi. Algae ini terhasil daripada mendapan sulfur apabila air mengalir.

Algae yang boleh menyembuhkan jerawat
dan melicinkan kulit.

        Kandungan sulfur yang ada pada air panas di sini hanya sebanyak 0.01% dan dijamin selamat untuk digunakan. Sulfur atau dikenali sebagai belerang ini dapat membantu menyembuhkan penyakit kulit seperti gatal, ruam, lemah sendi, lenguh tulang, angin ahmar, tekanan darah tinggi, dan demam biasa. 

        Jadi, Kolam Air Panas Sungai Klah ini adalah salah satu tempat rekreasi yang menarik untuk dikunjungi. Selain dapat beriadah, kita juga dapat membuat rawatan badan dan kulit secara semula jadi. Tanpa kita sedar, apabila kita merendamkan kaki di dalam air panas, toksin dalam badan akan keluar dan dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah.
  
        Pelajar - pelajar sekolah juga sesuai berkunjung ke sini untuk lawatan sambil belajar. Mereka boleh mengkaji atau menyelidik bagaimana air panas ini terjadi secara semula jadi. Mereka juga dapat menambah ilmu tentang kebaikan algae, kegunaan sulphur dan kepentingan herba yang tedapat di sini. 

INFO

SUNGAI KLAH HOT SPRINGS PARK
36000 Sungkai, Perak, Malaysia

Tel: +605 441 4493

Fax: +605 438 8760

PETA LOKASI


Peta untuk ke Kolam Air Panas Sungai Klah.














Sunday, June 2, 2013

CABARAN SUKAN EKSTREM 4WD LUBUK KAWAH

Anda seorang yang sukakan cabaran? Jom rasai sendiri aktiviti sukan ekstrem ini. Kali ini penulis ingin memperkenalkan satu tempat yang agak menarik untuk semua penggemar sukan ini. Disamping dapat menimba pengalaman, namun aktiviti sukan ini juga memberikan pembelajaran yang amat berguna. Menyusuri denai-denai hutan, laluan yang sempit dan berlumpur, melalui jalan tanah merah yang tidak rata, bukit yang cerun dan sebagainya cukup menguji ketahanan mental dan fizikal bagi penggemar aktiviti sukan lasak kenderaan pacuan empat roda (4x4). Kesukaran memandu di sepanjang laluan ekstrim ini bukanlah mematahkan semangat bagi penggemar sukan ini untuk terus menyusuri laluan sambil menerokai keindahan tempat yang dituju. Kecekapan pemandu juga dapat diuji melalui aktiviti ini dengan memastikan kenderaan dapat melepasi halangan-halangan dengan lancar dan selamat. Namun bagi penggemar aktiviti sukan ini, inilah yang mereka cari sebenarnya dan merasakan ianya satu peluang untuk menguji ketahanan dan pengetahuan. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini pastinya akan rasa tercabar dan teruja. 


Untuk merasai kehebatan aktiviti sukan ekstrem ini, pengunjung bolehlah lakukan aktiviti ini bermula di Teratak Riverview menuju ke tempat Lubuk Kawah yang terletak di Ulu Bernam, Selangor. Lubuk Kawah merupakan satu destinasi pilihan yang sesuai bagi aktiviti sukan ekstrem ini dan kebanyakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memilih tempat ini sebagai pilihan aktiviti lasak mereka. Tempat ini menjadi tarikan kepada pelajar kerana ia terletak berhampiran dimana kira-kira 13 Km dari jalan utama Ulu Bernam-Tanjung Malim. Bagi pengunjung yang datang dari jauh, anda tidak perlulah risau tentang tempat penginapan. Pastinya anda akan berpuas hati dan tertarik dengan tempat penginapan tersebut. Penulis mencadangkan tempat yang paling terdekat adalah Teratak Riverview.
 

TEMPAT PENGINAPAN

 

·   Teratak Riverview





 Pastinya anda inginkan penginapan yang selesa bukan? tentunya Teratak Riverview mampu memenuhi kehendak anda. Namun Usah khuatir, selain penyediaan chalet ataupun asrama, Teratak Riverview turut menyediakan perkhidmatan lain seperti penyewaan barang keperluan seperti ruang dapur dan khemah untuk kegunaan pengunjung yang ingin bermalam. Nah! anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk membawa keperluan dari jauh dan ini sudah menyenangkan untuk anda beraktiviti dengan tenang. Terletak berhadapan dengan sungai Bernam menjadikan lokasi penginapan ini lebih menarik dan tenang buat pengunjung. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang Teratak Riverview ini dimana ia juga merupakan tapak pembiakan semulajadi rama-rama dan tumbuhan flora yang jarang ditemui. Maka, penulis merasakan ia satu pilihan yang tepat untuk memilih sebagai tempat penginapan untuk meneruskan aktiviti dan perjalanan menuju ke Lubuk Kawah. 

Tapak pembiakan semulajadi rama-rama dan tumbuhan flora





PERJALANAN KE LUBUK KAWAH

 





Bermula dari Teratak Riverview, penggemar aktiviti lasak boleh memulakan perjalanan ke Lubuk Kawah dengan jarak lebih kurang 9 kilometer. Namun begitu, masa yang diambil juga mungkin berbeza mengikut kenderaan dan juga pengalaman pemandu. Bagi pejalan kaki pula, perjalanan menuju ke air terjun Lubuk Kawah mengambil masa dua jam setengah. Lubuk Kawah merupakan sebuah lokasi air terjun yang tersembunyi jauh ke dalam hutan Gunung Semangkok. Walaupun ia masih tidak digazetkan oleh kerajaan sebagai lokasi pelancongan, namun ia tetap menjadi lokasi tumpuan para pengunjung yang meminati aktiviti lasak ini.
 

   Cabaran 


  Perjalanan menuju ke Lubuk Kawah bermula dengan merentasi Sungai Bernam yang agak deras dan dalam. Bersempadan antara  negeri Selangor dan Perak, Sungai Bernam mempunyai banyak anak sungai yang berpunca dari rangkaian utama di sekitar Gunung Semangkok. Sungai Lubuk Kawah adalah merupakan salah satu daripada beberapa anak sungai yang ada dimana ia mengalir terus ke dalam Sungai Perah dan kemudian memasuki Sungai Bernam. Apa yang menariknya pada kedua-dua sungai ini adalah mempunyai lokasi air terjun. Untuk meneruskan aktiviti lasak ini, menyeberang sungai yang dipenuhi batu-batu besar dengan kenderaan tersebut menjadikan aktiviti ini lebih mencabar dimana ia memerlukan skill  dan pengalaman yang tinggi. Kemahiran mengendalikan kenderaan terutama pada situasi yang mencemaskan amat diperlukan dimana kenderaan perlulah dikawal dalam keadaan tenang untuk melepasi arus yang deras sehinggalah menaiki tebing sungai di seberang.  Disamping melakukan aktiviti lasak tersebut, penggemar aktiviti ini juga dapat menghargai keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan tersebut.    



    Laluan Hardcore


  Setelah meredah sungai, laluan seterusnya adalah melalui jalan tanah merah yang tidak rata, anak-anak sungai yang kecil, berlumpur dan juga curam. Mereka yang melakukan aktiviti pacuan empat roda ini juga perlu melalui jalan kebun, dusun pokok getah dan landskap hutan. Untuk mencipta pengalaman yang cukup berharga, penggemar aktiviti kenderaan ini bolehlah melalui laluan peringkat hardcore. Pada peringkat ini, kenderaan yang dinaiki perlulah merentasi sungai berbatu yang deras arus airnya, melepasi laluan berlumpur, menaiki bukit yang curam 40 darjah dan laluan sempit yang tiada ruang dikira dan kanan kenderaan dimana ianya hanya cukup lebar untuk sebuah kenderaan sahaja. Laluan cerun yang sempit dan licin juga begitu mencabar bagi mereka yang menyertai aktiviti lasak ini. Gabungan teknik pemanduan dan juga peralatan-peralatan khas seperti "cable winch" yang akan dicangkukkankepada struktur yang kukuh seperti batang pokok, kenderaan yang berada dihadapan dan sebagainya. Penggunaan alat ini mampu menarik beban sehingga 3 tan menggunakan sebuah motor elektrik yang kemudiannya akan menarik kenderaan tersebut ke atas dengan perlahan-lahan.   





·   Air terjun Lubuk Kawah

 


Kesukaran melalui laluan yang mencabar dan memenatkan dapat dihilangkan apabila sampai ke destinasi yang dituju iaitu air terjun Lubuk Kawah. Bunyi desiran air terjun dari kejauhan lagi telah menyejukkan hati ditambah pula dengan pemandangan yang hijau, keindahan flora dan mendamaikan. Apabila sampai ke destinasi ini, jangan lupa untuk segarkan badan dengan bermandi manda di air terjun Lubuk Kawah ini yang mempunyai beberapa tingkat.Pastinya anda teruja dan terasa begitu menyeronokkan dengan pengalaman dan juga pengetahuan sepanjang aktiviti dilakukan. Disebalik kesusahan yang perlu dilalui ia sebenarnya memberikan satu pengalaman dan pengetahuan yang cukup berharga dan diingati sepanjang masa.